Saturday 2 July 2011

10. Buah Kiwi


Buah Kiwi kaya dengan phytonutrients serta pelbagai vitamin dan mineral. Ia terkenal sebagai alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak kanak yang mengambil buah kiwi di dapati kurang di pengaruhi oleh masaalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Buah kiwi biasanya digunakan untuk  melindungi DNA daripada radikal bebas, pengawalan tahap gula dalam darah, mengurangkan triclycerides dalam darah, mencegah kanser kolon/kulit dan prostate. Ia juga berupaya mengawal kolesterol dan menyingkir toksin kolon.