Saturday, 2 July 2011

12. Buah Laici

Buah Laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah di pelihara di negeri China lebih daripada seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang di gemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan setiap 100 gram isinya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu, ia merupakan sumber Vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrien lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.