Pada zaman silam, Buah Pear Nashi hanya di sajikan kepada golongan kaya dan bangsawan Cina. Buah Pear Nashi di tanam dan di makan dari abad ke abad. Asal-usul nya tidak dapat di kaji lagi. Ia di anggarkan telah muncul sekurang kurangnya 3,000 tahun yang lalu di negeri China. Buah Pear nashi merupakan sumber diet fiber yang utama. Ia juga mempunyai kandungan potassium dan pelbagai mineral utama. Ia mengandungi kira kira 10% USRDA untuk Vitamin C, dan sari folate yang menjadikan kumpulan Vitamin B kompleks. Vitamin vitamin tersebut adalah penting untuk aktiviti metabolisme dan penghasilan sel-sel darah merah.