Buah ceri acerola tumbuh dengan suburnya pada tanah berpasir di kawasan tropika. Ia merupakan anti-pengoksidaan yang kuat, kaya dengan vitamin & mineral. Terdapat lebih daripada 150 unsur-unsur nutrien telah di kenal pasti dalam buah Acerola Cherry. Ia di laporkan mempunyai daya anti-fungus yang kuat & keupayaan untuk merendahkan tahap kolesterol. Ia telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Penduduk asli telah lama menggunakan Acerola untuk merawat demam, astringent, tuberculosis, perangsang sistem buah pinggang, kencing manis, memulihkan luka, radang, penyakit reumatik dan bantuan untuk anemia.